Monday, April 12, 2010

Penjelasan Lencana SKPC

MOTO: BERINTELEK DAN BERETIKA

· Berintelek merujuk kepada keupayaan minda untuk mengetahui atau memahami sesuatu perkara yang menjurus kepada keupayaan pemikiran untuk mengapai ilmu pengetahuan.

· Beretika merujuk kepada sistem nilai moral yang mengatur perlakuan seseorang individu dalam masyarakatnya seperti agama yang dianuti seseorang menentukan nilai yang memberi landansan kepada perjalanan kehidupan individu itu.

ELEMEN LENCANA SEKOLAH:

· Bentuk Lencana: Lencana SKPC adalah diilhamkan dari bentuk bujur daun sireh. Dua helai daun sireh yang ditindankan antara satu sama lain memberikan bentuknya seperti tertera dalam lampiran. Proses ini memberikan rekabentuk lencana yang unik, moden dan bersinergi.

· Nama Sekolah: Nama SEKOLAH KEBANGSAAN PROTON CITY dalam huruf besar berwarna kuning tertulis secara penuh di bahagian atas lencana memberinya keutamaan dan penampilan yang jelas.

· Moto: Berintelek dan Beretika terletak di sisi lencana bersebelahan dan menghadap antara satu sama lain memperkukuhkan semangat yang dibawa oleh warga SKPC iaitu sentiasa mengejar ilmu pengetahuan dan bersifat mulia berasaskan nilai moral yang dianuti setiap ahlinya.

· Buku: Gambaran Buku terbuka dan helaian kertas terdapat di dalam lencana. Buku adalah pelambangan ilmu pengetahuan. SKPC sebagai institusi pendidikan amat mementingkan ahlinya sentiasa rapat dan rajin menimba ilmu dari pelbagai sumber terutama buku.

· 2010: Angka ini merujuk kepada tahun SKPC dibuka dan beroperasi sepenuhnya sebagai sebuah sekolah.

· Lima Gelung: Lima gelung yang berantai diilhamkan dari symbol olimpik yang melambangkan lima benua serta semangat kesukanan dalam pertandingan. Lima gelung dalam lencana SKPC juga mencerminkan komitmen sekolah terhadap pembangunan sukan dan kokurikulum untuk melahirkan individu yang sempurna.

· Abstrak Sains dan Teknologi: Abstrak spera dan glob berputar yang bertindan berwarna kuning yang terletak di tengah-tengah lencana melambangkan hakikat alam yang hanya di jangkau melalui keupayaan sains dan teknologi. Abstrak ini memberikan pengertian kepada kepentingan sains dan teknologi di SKPC dan menjadi tunjang kepada pembangunan negara.

· Warna Merah: Adalah lambang keberanian dan ketabahan ahli-ahli SKPC dalam menghadapi cabaran dan tuntutan pendidikan dalam pentas globalisasi yang penuh persaingan untuk menuju ke arah kecemerlangan.

· Warna Kuning: Adalah lambang taat setia dan hormat pada pemerintahan serta undang-undang Negara. Ia juga adalah perlambangan disiplin yang tinggi yang dimiliki oleh warga SKPC dalam mematuhi peraturan yang ditentukan oleh pihak sekolah.

· Warna Biru: Adalah lambang perpaduan dan keharmonian yang terjalin antara warga SKPC yang datang dari pelbagai latarbelakang ras, budaya, agama dan adat resam.

Wednesday, April 7, 2010

Contoh Perlembagaan Persatuan

1. NAMA DAN ALAMAT

a. Nama Kelab : Kelab Komputer

b. Alamat : SK Proton City
35900 Tanjung Malim,
Perak Darul Ridzuan.

2. MATLAMAT

Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan pontensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek

3. OBJEKTIF

3.1 Supaya ahli dapat menghargai alam semula jadi dan memupuk semangat bertanggungjawab terhadap penjagaan persekitaran yang sihat.

3.2 Ahli kelab boleh menyumbang kepada pendidikan alam sekitar di sekolah terutamanya melalui penyibaran maklumat dan pendidikan yang berkaitan.

4. KEAHLIAN

4.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.

4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan

4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan kelab ini.

5. GURU PENASIHAT

5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

5.2 Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak, merancang atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

5.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.

6. AHLI JAWATANKUASA

6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.

6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.

6.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.

6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat

6.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-

6.6.1 Pengerusi

6.6.2 Naib Pengerusi

6.6.3 Setiausaha

6.6.4 Penolong Setiausaha

6.6.5 Bendahari

6.6.6 Penolong Bendahari

6.6.7 Ahli Jawatankuasa(bilangan bergantung keperluan)

6.6.8 Pemeriksa Kira-Kira(2 orang)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PEMIMPIN KELAB DAN PERSATUAN

1. Guru Pemimpin Unit Beruniform adalah bertanggungjawab akan semua peraturan , latihan , ujian dan kemajuan pertubuhannya.
2. Guru pemimpin bertanggungjawab menguruskan pemilihan anggota pasukannya daripada pelajar baru setiap tahun sebagai tambahan kepada pasukannya. Satu daftar keahlian hendaklah disimpan sebagai rekod.
3. Menguruskan yuran pendaftaran persatuan dijelaskan pada awal tahun .
4. Setiap guru pemimpin mestilah mendapat surat kebenaran mengajar dan nombor pendaftaran daripada pesuruhjaya Daerah / Negeri / Pusat.
5. Guru pemimpin bertanggungjawab menguruskan latihan pasukannya pada hari yang ditetapkan. Pengecualian daripada melaksanakan latihan pada hari yang telah ditetapkan tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran khas daripada Guru Besar. Latihan tambahan pada hari lain itu boleh diadakan dan Guru Besar hendaklah dirujuk dan dimaklumkan.
6. Guru pemimpin adalah bertanggungjawab menentukan apa-apa jua keperluan peralatan yang dikehendaki bagi penubuhannya. Sekiranya peralatan-peralatan itu bukan hak ahli persendirian, guru pemimpin adalah bertanggungjawab untuk tujuan rujukan dan pemeriksaan.
7. Guru pemimpin bertanggungjawab menyimpan fail-fail dan lain-lain butiran / maklumat dan sebagainya berkaitan dengan pertubuhan bekenaan dan salinan laporan aktiviti hendaklah dihantar ke pejabat untuk fail sekolah.
8. Menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi pertubuhan masing-masing.
9. Mengenal pasti murid yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai pemimpin atau wakil sekolah.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYELARAS KELAB / PERSATUAN / BADAN BERUNIFORM

1. Mengatur rancangan / jadual sekolah yang sesuai dengan rancangan PPD sepanjang tahun.
2. Membantu GPK Kokurikulum dan Setiausaha Kokurikulum membahagikan murid mengikut KELAB dan PERSATUAN..
3. Membantu Setiausaha Kokurikulum menetapkan guru penasihat kelab/persatuan serta membahagikan tugas kelab/persatuan kepada guru.
4. Megenal pasti murid yang berpontensi untuk mewakili sekolah.
5. Mengenal pasti murid yang layak mendapat bantuan uniform.
6. Membantu GPK Kokrikulum dan SU kokurikulum menyelaraskan kegiatan latihan dan pertandingan antara kelab/persatuan dan sekolah supaya sesuai dengan hari, masa dan tempat.
7. Membantu SU Kokurikulum menyelaras tempat dan keperluan untuk acara-acara anjuran sekolah ,daerah dan negeri.
8. Mengatur rancangan lengkap untuk Program utama dan pembangunan unit masing-masing.
9. Membantu dan menyelaras penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan yang diserti oleh unit masing-masing.
10. Mengawal selia dan menjaga alat kelab / persatuan/ badan beruniform dengan keadaan yang baik.
11. Menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi kelab / persatuan / badan beruniform sekolah.
12. Membantu GPK Kokurikulum memantau perjalanan aktiviti kokurikulum unit masing-masing .
13. Membantu SU Kokurikulum memastikan segala aktiviti kokurikulum direkod.
14. Membantu SU Kokurikulum memastikan maklumat penyertaan murid dalam aktiviti anjuran sekolah, daerah, negeri direkod.
15. Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut dibeli dan diperbaiki oleh unit masing-masing mengikut keutamaan.
16. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA KOKURIKULUM

1. Mengatur rancangan / jadual sekolah yang sesuai dengan rancangan PPD, JPN dan KPM sepanjang tahun.
2. Membahagikan murid mengikut KELAB dan PERSATUAN..
3. Membantu Guru Besar dan GPK Ko-kurikulum menetapkan guru penasihat kelab/persatuan serta membahagikan tugas kelab/persatuan kepada guru.
4. Menyelaraskan kegiatan latihan dan pertandingan antara kelab/persatuan dan sekolah supaya sesuai dengan hari, masa dan tempat.
5. Menentukan tempat dan keperluan untuk acara-acara anjuran sekolah ,daerah dan negeri.
6. Mengatur rancangan lengkap untuk Program utama kelab dan persatuan seperti Hari Kokurikulum, Perkemahan Unit Beruniform dan sebagainya.
7. Membantu menyediakan anggaran perbelanjaan aktiviti kelab dan persatuan untuk tahun berkenaan.
8. Membantu dan menyelaras penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan koakademik dan badan beruniform yang dianjurkan oleh sekolah yang lain.
9. Mengawal dan menjaga alat kelab / persatuan/ badan beruniform dengan keadaan yang baik.
10. Mengemaskini buku stok kelab/persatuan/badan beruniform.
11. Mengatur guru pengiring, pengangkutan dan kenaikan untuk pasukan sekolah sekiranya perlu.
12. menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi kelab / persatuan / badan beruniform sekolah.
13. Membantu GPK Kokurikulum memantau perjalanan aktiviti kokurikulum sekolah.
14. Memastikan segala aktiviti kokurikulum direkod.
15. Memastikan maklumat penyertaan murid dalam aktiviti anjuran sekolah, daerah, negeri direkod.
16. Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut dibeli dan diperbaiki oleh sekolah mengikut keutamaan.
17. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.
18. Menjadi setiausaha bagi setiap mesyuarat berkaitan dengan kokurikulum .

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA SUKAN

1. Mengatur rancangan / jadual sekolah yang sesuai dengan rancangan MSSD, MSS(P) dan
MSSM sepanjang tahun.
2. Membahagikan murid mengikut rumah sukan.
3. Membantu Guru Besar dan GPK Ko-kurikulum menetapkan guru rumah sukan serta
membahagikan tugas sukan kepada guru.
4. Menyelaraskan kegiatan latihan dan pertandingan antara rumah-rumah dan sekolah
supaya sesuai dengan hari, masa, tempat, gelanggang dan padang.
5. Menentukan gelanggang dan padang permainan adalah mengikut ukuran betul.
6. Mengatur rancangan lengkap untuk kejohanan olahraga tahunan sekolah.
7. Membantu menyediakan anggaran perbelanjaan sukan untuk tahun berkenaan.
8. Membantu dan menyelaras penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan sukan yang
dianjurkan oleh badan-badan sukan sekolah yang lain.
9. Mengawal dan menjaga alat sukan dengan keadaan yang baik.
10. Mengemaskini buku stok sukan.
11. Mengatur pengangkutan dan kenaikan untuk pasukan sekolah sekiranya perlu.
12. menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi sukan sekolah.
13. Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut dibeli dan
diperbaiki oleh sekolah mengikut keutamaan.
14. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.
15. Menjadi setiausaha bagi setiap mesyuarat berkaitan dengan sukan dan permainan.